Friday 11 March 2011

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP LAYANG-LAYANG,
86200 SIMPANG RENGAM, KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM


PANATIA BAHASA MELAYU

Peringatan Mesyuarat Kali Pertama Tahun 2011

Tarikh : 29 Disember 2010 ( Rabu )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran :
Hadir : 1 En. Ruhani Bin Md Taib
2 En. Md Faiz Bin Abdul Aziz
3 En. Abdul Rahman Bin Shuib
4 En. Radin Husin B Radin Hasan
5 Pn. Zurina Bt Yusof

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan membaca Ummul Kitab
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK
kerana dapat melapangkan masa untuk menjayakan
Mesyuarat pada kali ini.


Agenda 2 : Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu

1.1 Pn. Mohd Faiz bin Abdul Aziz selaku Setiausaha sesi 2010
Membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
1.2 En. Abdul Rahman Bin Shuib mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan. Sokongan oleh En Radin Husin Bin Radin Hasan
1.3 Keputusan : Sebulat Suara


Agenda 3 : Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara dibangkitkan








Agenda 4 : Pelantikan Ahli Jawatankuasa

4.1 Ahli Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu 2011 adalah seperti berikut:


Penasihat : Pn. Hjh Endon Bt Hj. Arifin
Guru Besar SK LKTP Layang-Layang
Pengerusi : En. Mokhtar Bin Hj. Radzuan
GPK Kurikulum SK LKTP Layang-Layang
Ketua Panitia : En Ruhani Bin Md Taib
Setiausaha : En. Mohd Faiz Bin Abdul Aziz
Bendahari : Pn. Zurina Bt Yusof
AJK : En. Radin Husin Bin Radin Hasan
En. Abdul Rahaman Bin Suip
Pn. Norziana Bt Mokhtar

Agenda 5 : Pembentangan dan Perbincangan

5.1 UPSR 2010

5.1.1 Pengerusi membentangkan keputusan UPSR 2010. Bahasa
Melayu Pemahaman (011) 95.45 % berbanding 90.9 % pada
tahun 2009. Bahasa Melayu Penulisan (012) 81.81%
Berbanding 90.9% pada tahun 2009. Seramai 50 % calon
mencapai gred A bagi kedua-dua mata pelajaran.

5.1.1 Pengerusi menjelaskan antara punca kemerosotan mungkin calon yang gagal tidak menguasai bahagian C yang agak sukar dijawab. Dua orang calon yang gagal memang tidak dijangka
Kerana mereka lulus dalam semua ujian yang dijalankan sebelum peperiksaan UPSR. Program tahun 2011 akan memberi tumpuan lebih terhadap aspek teknik menjawab dan latih tubi.

5.2 TOV 2011

5.2.1 Pengerusi menjelaskan TOV mata pelajaran bahasa Melayu adalah berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2010
kecuali tahun 1.

5.2.2 Semua guru bahasa Melayu hendaklah menyerahkan markah TOV kepada ketua panitia untuk diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan.



5.3 Program Peningkatan Akademik

5.3.1 Pengerusi menjelaskan program yang akan dijalankan pada tahun 2011 adalah seperti berikut:

5.3.1.1 Program Kecemerlangan UPSR
5.3.1.2 Program Galus
5.3.1.3 Program Bintang
5.3.1.4 Program Cekap Eja (Tahap 1)
5.3.1.5 Program Bijak Kamus (Tahap 2)

5.3.1 Pengerusi juga menjelaskan disamping 5 program tersebut program CITRA bahasa juga akan turut dilaksanakan. Beliau menjelaskan, sehingga kini tiada modul untuk prgram CITRA. Oleh itu guru-guru bahasa Melayu prlu menyediakan bahan sendiri.

5.4 Pengurusan Sistem Fail.

5.4.1 Kod Panitia Bahasa Melayu 600-2/3/1 untuk fail induk.

5.4.2 Pengurusan sistem fail yang baru melibatkan 7 fail iaitu fail induk(600-2/3/1), sukatan pelajaran (600-2/3/1/1, program kecmerlangan (600-2/3/1/2, pentaksiran dan penilaian(600-2/3/1/3, penyeliaan (600-2/3/1/4, pemeriksaan buku rampaian (600-2/3/1/5, dan maklumat guru mata pelajaran (600-2/3/1/6).

5.4.3 Pengurusan sistem fail adalah tanggungjawab ketua panitia dengan kerjasama guru-guru bahasa Melayu.

5.5 Pelaksanaan Plan J.

5.5.1 Semua guru dibekalkan dengan modul dan sukatan pelajaran Plan J.
5.5.2 Pengerusi menjelaskan semua guru bahasa Melayu perlu melaksanakan p&p menggunakan modul Plan J sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.

5.6 Penetapan ETR

5.6.1 Pengerusi menjelaskan setiap murid perlu diberi gred yang lebih baik berdasarkan gred yang telah dicapainya. Contohnya murid yang mendapat markah 20 (D) hendaklah diberi ETR sekurang-kurangnya 40 (C).

5.6.2 Guru mata pelajaran bertanggungjawab untuk menentukan ETR setiap murid dikelasnya.

5.7 Kursus Dalaman KSSR.

5.7.1 Taklimat tentang KSSR telah dibuat semasa mesyuarat pengurusan pada 28 Disember 2010 (Selasa).KSSR ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2011 kepada murid-murid tahun 1 menggunakan sukatan pelajaran yang baru.

5.8 Kajian Tindakan.

5.8.1 Pengerusi menjelaskan semua guru bahasa Melayu perlu menyediakan 1 kajian tindakan.

5.9 Pelaporan 2010.


5.9.1 Pengerusi melaporkan semua program telah dilaksanakan kecuali Program Bintang kerana bulan Ramadan.

5.9.2 Program Cekap Eja dan Bijak Kamus perlu ditingkatkan pelaksanaannya.

5.9.3 Laporan pelaksanaan program 2010 telah disiapkan.

6.0 Hal-Hal Lain.

6.1 Pengerusi menjelaskan tiada sebarang perubahan tentang sukatan pelajaran dan rancangan harian kecuali tahun 1. Beliau juga menjelaskan bahawa ruangan refleksi dalam rancangan harian hendaklah menyatakan tentang kekuatan p&p, kelemahan p&p, apa yang menarik tentang p&p, masalah-masalah yang timbul dalam p&p serta langkah membaiki pengajaran dalam p&p yang akan datang.

6.2 Pengerusi juga menjelaskan bahawa buku teks ialah bahan bantu utama dalam pengajaran dan pembelajaran.

6.3 Program PROTIM hendaklah dijalankan berdasarkan tarikh yang ditentukan. Murid tahun 1 hingga 5 hendaklah diuji sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Tahun 6 diuji 3 kali sebelum peperiksaan UPSR. Markah hendaklah diisi ke dalam aplikasi yang disediakan.


6.4 Buku tulis tahap 1 ialah, Pemahaman, Penulisan dan buku cekap eja.
Buku tulis tahap 2 ialah Pemahaman , Penulisan (2 buah) dan buku bijak kamus.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.


Disediakan oleh : Disahkan oleh:




(EN.MOHD FAIZ BIN ABDUL AZIZ) (EN. RUHANI BIN HJ.MD TAIB)
Setiausaha, Ketua,
Panatia Bahasa Melayu, Panatia Bahasa Melayu,
SK LKTP Layang-Layang . SK LKTP Layang-Layang

No comments:

Post a Comment