Friday 11 March 2011

Latihan Pemahaman

LATIHAN PEMAHAMAN 1 (CATATAN)

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jumaat, 23 Oktober 2010
Petang yang agak sibuk. Sebaik sahaja tiba di lokasi perkhemahan yang terletak di tepi sungai berhampiran hutan, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami diarahkan untuk mendirikan khemah di tapak yang sesuai. Cikgu Sulaiman melarang kami mendirikan khemah di kawasan yang terlalu hampir dengan sungai. Aku terpesona melihat keindahan alam semula jadi di kawasan hutan ini. Kawasan ini masih kaya dengan flora dan fauna. Air sungai yang mengalir tidak jauh dari tempat kami berkhemah kelihatan jernih dan bersih. Sebaik sahaja kerja-kerja memasang khemah selesai, aku, Chong Beng, Nathan dan Kamil telah ditugaskan untuk mencari kayu api di kawasan hutan berhampiran.

Sabtu, 24 Oktober 2010
Aktiviti yang kami ikuti pada malam tadi ialah kemahiran menggunakan kompas dan membaca bearing dan grid. Sebagai ahli pengakap, kemahiran ini sangat penting supaya tidak tersesat di dalam hutan. Kemahiran ini akan kami aplikasikan dalam aktiviti “kembara hutan” yang akan dilaksanakan pada pagi ini.
Aktiviti “kembara hutan” sememangnya aktiviti yang aku tunggu-tunggu. Selepas bersenam dan bersarapan, Cikgu Sulaiman menyampaikan taklimat penting sebelum kami menjalani aktiviti ini. Setiap kumpulan diberikan tugasan dan akan dibimbing oleh guru-guru penasihat pengakap yang menyertai perkhemahan ini. Kami dilarang merosakkan tumbuh-tumbuhan, memetik buah-buahan hutan, menangkap haiwan atau apa-apa sahaja aktiviti yang boleh memudaratkan flora dan fauna di kawasan ini. Sepanjang pengembaraan ini, aku dapat mencatat nama pokok seperti cengal, keruing, kelat, mengkulang dan pulai. Selain itu, aku berpeluang melihat spesis haiwan yang dilindungi seperti tenggiling, burung kakak tua, tupai merah dan landak raya.

Ahad, 25 Oktober 2010

Kami mengemaskan barang-barang untuk pulang walaupun berasa berat hati untuk meninggalkan tempat ini. Sebelum pulang, kami membersihkan tapak perkhemahan. Tugasan terakhir yang diberikan oleh Cikgu Sulaiman ialah menyiapkan laporan perkhemahan ini sebaik sahaja kami kembali ke sekolah. Perkhemahan ini memberikan kenangan manis bagiku apabila kumpulanku telah dinobatkan sebagai johan persembahan malam kebudayaan yang diadakan pada malam tadi.









1 Di manakah perkhemahan itu diadakan? (Rujuki perenggan 1 petikan)
A Di sungai
B Di tepi hutan
C Di tepi sungai berhampiran dengan hutan
D Di dalam hutan berhampiran dengan sungai

2 Kemahiran penggunaan kompas sangat penting bagi seseorang ahli pengakap untuk (Rujuki perenggan 2 petikan)
A mencari maklumat di dalam hutan.
B mengelakkan mereka tersesat di dalam hutan.
C menjejaki flora dan fauna yang semakin diancam kepupusan.
D melaksanakan semua aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan.

3 Berikut ialah aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan itu kecuali (Rujuki perenggan 2, perenggan 3 dan perenggan 4)
A persembahan malam kebudayaan.
B kemahiran membaca bearing dan grid.
C melihat haiwan-haiwan yang semakin diancam kepupusan.
D menulis laporan tentang perkhemahan yang telah mereka sertai.

4 Frasa masih kaya dengan flora dan fauna dalam petikan bermaksud (Rujuki perenggan 1)
A haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan hutan masih banyak di kawasan ini.
B hanya hidupan liar tertentu masih membiak dan mendiami kawasan ini.
C Hanya orang kaya yang dapat melihat haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan di sini.
D kawasan ini menjadi tempat pembiakan haiwan liar dan tempat pemuliharaan hutan.

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. (Rujuki perenggan 3)
A Perkhemahan itu diadakan selama dua hari satu malam.
B Aktiviti “kembara hutan” telah dijalankan pada waktu malam.
C Mereka menangkap gambar tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan liar di situ.
D Ahli-ahli pengakap berpeluang untuk melihat binatang yang semakin diancam kepupusan.

Lembar Bahasa

Beberapa masalah penggunaan kata dalam bahasa Melayu


Penggunaan kata yang salah
Penggunaan kata yang betul

Ada pelbagai barang-barang di kedai itu. Ada pelbagai barang di kedai itu.
Ali dihadiahkan sebuah buku harian. Ali dihadiahi sebuah buku harian. Sebuah buku harian dihadiahkan kepada Ali.
Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal. Saya menghadiahi Salim sebuah basikal.
Saya menghadiahkan sebuah basikal kepada Salim.
Emak menghadiahi baju kepada adik. Emak menghadiahkan baju kepada adik.
Buku itu dihadiahi kepada Ali. Buku itu dihadiahkan kepada Ali.
Dia merindukan anaknya. Dia merindui anaknya.
Ibu meniduri adik. Ibu menidurkan adik.
Hakim menjatuhkan pembunuh itu hukuman gantung. Hakim menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung.
Hakim telah menjatuhi hukuman gantung kepada pembunuh itu. Pembunuh itu dijatuhi hukuman gantung.
Bangunan itu adalah Daya Bumi. Bangunan itu ialah Daya Bumi.
Perkara itu ialah benar. Perkara itu adalah benar.
Bola itu ditendang oleh saya. Bola itu saya tendang.
Bola itu Ali tendang. Bola itu ditendang oleh Ali.
Di masa cuti sekolah, banyak orang yang balik ke kampung. Pada masa cuti sekolah, banyak orang yang balik ke kampung.
Dia menceburkan diri di bidang perniagaan. Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Dalam bilik itu ada banyak nyamuk. Di dalam bilik itu ada banyak nyamuk.
Di atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih. Atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.
Bersama surat ini, saya lampirkan borang kaji selidik. Bersama-sama surat ini, saya lampirkan borang kaji selidik.
Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak yang bermusuhan itu. Saya tidak menyebelahi kedua-dua belah pihak yang bermusuhan itu.
Saya tidak akan mensiakan peluang ini. Saya tidak akan mensia-siakan peluang itu.
Setengah orang tidak suka makan makanan yang manis-manis. Sesetengah orang tidak suka makan makanan yang manis-manis.
Setengah-setengah orang tidak suka makan makanan yang manis-manis.
Dia selalu berkunjung Eropah. Dia selalu berkunjung ke Eropah.
Segala sesuatu yang dilakukan itu bergantung kepada niat seseorang. Segala sesuatu yang dilakukan itu bergantung pada niat seseorang.
Di antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya. Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.
Rumah Azah terletak antara Kuala Lumpur dengan Kajang. Rumah Azah terletak di antara Kuala Lumpur dengan Kajang.
Kerjasama di antara Dewan Bahasa dengan pihak luar akan diteruskan lagi. Kerjasama antara Dewan Bahasa dengan pihak luar akan diteruskan lagi.
Program ini ialah hasil daripada kerjasama antara UPM dan Dewan Bahasa. Program ini ialah hasil daripada kerjasama antara UPM dengan Dewan Bahasa.
Dia belajar dari pengalaman. Dia belajar daripada pengalaman.
Buku itu dia hantar ke perpustakaan. Buku itu dihantar olehnya ke perpustakaan.
Buku itu dimasukkan dalam laci. Buku itu dimasukkan ke dalam laci.
Dia datang bila dipanggil. Dia datang apabila dipanggil.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya.
Dia memandang kepada saya. Dia memandang saya.
Dia memberi pelajaran kepada anaknya. Dia memberikan pelajaran kepada anaknya.
Dia memberi sebuah buku kepada saya. Dia memberikan sebuah buku kepada saya.
Dia memberikan anaknya pelajaran. Dia memberi anaknya pelajaran.
Dia memberikan saya sebuah buku. Dia memberi saya sebuah buku.
Ahmad telah membesar dan memajukan perniagaannya Ahmad telah membesarkan dan memajukan perniagaannya.
Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar. Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar.
Dia memperisterikan Aminah. Dia memperisteri Aminah.
Mereka memberitahu perkara itu kepada saya. Mereka memberitahu saya perkara itu.
Mereka memberitahukan saya perkara itu. Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya.
Salmah menaiki bendera itu. Salmah menaikkan bendera itu.
Sudah lama awak tidak memberi perhatian kepada saya. Sudah lama awak tidak memberikan perhatian kepada saya.
Buku-buku itu untuk dihadiahkan ke sekolah semasa program Kembara Bahasa Buku-buku itu untuk dihadiahkan kepada sekolah semasa program Kembara Bahasa.
Oleh kerana itu, masalah ini harus diselesaikan dengan segera. Oleh sebab itu, masalah ini harus diselesaikan dengan segera.
Agenda mesyuarat adalah seperti di bawah: Agenda mesyuarat adalah seperti yang di bawah:
Silalah datang ke rumah saya pada bila masa. Silalah datang ke rumah saya pada bila-bila masa.
Pilihlah mana yang sesuai. Pilihlah mana-mana yang sesuai.
Ambillah apa yang anda suka. Ambillah apa-apa yang anda suka.
Letaklah di mana yang sesuai. Letaklah di mana-mana yang sesuai.
Aku tidak peduli ke mana pun kamu pergi. Aku tidak peduli ke mana-mana pun kamu pergi.
Perangainya sejak akhir-akhir ini berbeza dari kebiasaan sebelumnya. Perangainya sejak akhir-akhir ini berbeza daripada kebiasaan sebelumnya.
Anda berasal daripada mana? Anda berasal dari mana?
Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi.
Tiap orang akan diberikan wang saku RM100. Tiap-tiap orang akan diberi wang saku RM100.
Setiap orang akan diberi wang saku RM100.
Mereka-mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap. Mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap.













Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam kata adjektif dan kata kerja


Salah Betul

bukan pandai tidak pandai
bukan tinggi tidak tinggi
bukan besar tidak besar
bukan kecil tidak kecil
bukan rendah tidak rendah
bukan miskin tidak miskin
bukan kaya tidak kaya
bukan hidup tidak hidup
bukan mati tidak mati
bukan tua tidak tua
bukan muda tidak muda
bukan manis tidak manis
bukan pergi tidak pergi
bukan tinggal tidak tinggal
bukan berjaya tidak berjaya
bukan berusaha tidak berusaha
bukan bertunang tidak bertunang
bukan melanggar tidak melanggar
bukan mengantuk tidak mengantuk
bukan menangkap tidak menangkap
bukan membawa tidak membawa

























Kata nafi bukan digunakan untuk penafian galam frasa nama


Salah Betul

tidak Kasim bukan Kasim
tidak ketua kampung bukan ketua kampung
tidak kakak bukan kakak
tidak emak mertua bukan emak mertua
tidak pelajar bukan pelajar
tidak doktor bukan doktor
tidak mahasiswa bukan mahasiswa
tidak tangan bukan tangan
tidak gas bukan gas
tidak lembu bukan lembu
tidak kerajaan bukan kerajaan
tidak di desa bukan di desa
tidak tentang Gus Dur bukan tentang Gus Dur
tidak oleh Tiara bukan oleh Tiara
tidak untuk kekasih bukan untuk kekasih
tidak ke Ipoh bukan ke Ipoh
tidak dari Kuantan bukan dari Kuantan
tidak di Subang bukan di Subang
tidak tentang masakan bukan tentang masakan
tidak oleh ibu bukan oleh ibu
tidak untuk wanita bukan untuk wanita

Kata nafi `bukan' hanya boleh digunakan di hadapan
frasa kerja dan frasa adjektif apabila digunakan untuk
mendukung maksud-pertentangan maklumat:
Contoh:
a) Dia bukan sahaja cantik, malah pintar juga.
b) Ulasannya bukan bertujuan untuk menghina penulis
berkenaan; tetapi sekadar memberi pandangan peribadi.
c) Program latih tubi itu bukan bertujuan untuk mendera
peserta, tetapi atas dasar penguasaan dan penerapan
disiplin dan ilmu yang dipelajari.
d) Walaupun dia bukan pintar sangat; tetapi dia rajin.
e) Penggunaan dadah dalam dunia perubatan dibenarkan untuk kebaikan bukannya untuk disalahgunakan.

Nilai Murni

Maksud Nilai Murni

Bil Nilai Murni Maksud

1
Baik hati
Sikap suka menolong, mudah simpati dan pengasih

2
Bertanggungjawab
Sikap bertanggungjawab terhadap sesuatu, kewajipan yang dipikul oleh seseorang

3
Jujur
Sikap lurus hati, tulus, amanah

4
Amanah
Sikap yang boleh dipercayai,jujur

5
berdikari
Sikap yang tidak suka mengharapkan bantuan orang lain

6
berani
Tidak takut, tabah menghadapi bahaya, berani menegakkan mengatakan yang benar

7
Semangat bermasyarakat
Sikap yang suka bergotong-royong, tolong-menolong dalam masyarakat

8
bekerjasama
Sikap suka bekerja bersama-sama, membuat sesuatu pekerjaan bersama-sama

9
Prihatin
Mengambil berat terhadap sesuatu perkara, berusaha bersungguh-sungguh untukmendapatkan sesuatu yan dicitakan

10
Kasih-sayang
Perasaan kasih terhadap seseorang atau sesuatu

11
bersyukur
Berterima kasih kepada tuhan

12
rasional
Berdasarkan pertimbangan tau fikiran yang waras, alas an yang munasabah

13
rajin
Melakukan sesuatu dengan kerap. Bersungguh-sungguh

14
Kebersihan
Sikap menjaga kebersihan diri kita, di sekitar diri kita

15
adil
Sikap tidak menyebelahi mana-mana pihak, menghukum dengan peraturan yang sebenar.

16
Tolak-ansur
Sikap suka saling menuruti, berlebih kurang.

17
Berhemah tinggi
Budi pekerti yang mulia, bersopan-santun, beradap sopan

18 kesederhanaan Sikap sederhana dalam semua aspek kehidupan/cara hidup.

19
Berhati-hati
Memberi perhatian yang teliti sewaktu melakukan sesuatu

20
Berjimat-cermat
Sikap melakukan, menggunakan sesuatu secara tidak boros
21 Menghargai masa Menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah
22 kesetiaan Teguh hati dalam persahabatan, perkahwinan, perpegang teguh pada janji, mengaku setia
23 Berhati-hati Memberi pertimbangan yang sewajarnya sewaktu melakukan sesuatu, berawas-awas, beringat-ingat, waspada
24 Mencintai alam sekitar Perasaan kasih dan saying kepada persekitaran ( gunung, laut, sungai
25 Semangat patriotik Mencintai dan mempertahankan kedaulatan negara
26 Menghargai jasa Membalas jasa dan kebaikan orang lain dengan kebaikan
27 Simpati Belas kasihan
28 Menghormati Mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang

Plan Operasi

PELAN OPERASI BIDANG KURIKULUM TAHUN 2011

NAMA PROJEK PROJEK KECEMERLANGAN UPSR
Objektif 1 Meningkatkan penguasaan murid terhadap bentuk soalan berdasarkan topik.
2 Meningkatkan kemahiran menjawab soalan menggunakan teknik yang betul.
3 Murid mahir menjawab soalan yang pelbagai aras dan konstruk.
Tempoh Jun hingga Ogos 2011
Kumpulan Sasaran Murid Tahun 6
Guru Terlibat 1 Ketua Panitia
2 Guru Bahasa Melayu Tahun 6
Proses Kerja 1 Mesyuarat Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu.
2 Pembentukan Ahli Jawatankuasa kerja.
3 Kerja-kerja persediaan
4 Program dijalankan
5 Laporan program
6 Penilaian program
Kekangan 1 Kekangan masa untuk menyediakan bahan-bahan yang memenuhi tahap UPSR
2 Kekangan masa kerana tugas-tugas yang lain.
Pemantauan 1 Guru Besar
2 Guru Penolong Kanan Kurikulum
3 Ketua Panitia Bahasa Melayu
4 Guru Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian 1 Bilangan pelajar yang lulus BM Pemahaman dan Penulisan meningkat untuk mencapai sasaran 95%
2 Pelajar dapat menguasai sekurang-kurangnya soalan beraras pengetahuan dan pemahaman
Penambahbaikan 1 Guru perlu memastikan setiap pelajar mengikuti semua aktiviti yang disediakan.
2 Analisa soalan perlu sentiasa dilakukan untuk aktiviti pengayaan dan pemulihan















PELAN OPERSAI BIDANG KURIKULUM TAHUN 2011

NAMA PROJEK PROGRAM BINTANG
Objektif 1 Meningkatkan bilangan murid yang mencapai skor A
2 Meningkatkan bilangan pelajar yang mencapai sekurang-kurangnya skor C
Tempoh Februari hingga Ogos 2011
Kumpulan Sasaran Murid Tahun 6
Guru Terlibat 1 Ketua Panitia
2 Guru Bahasa Melayu Tahun 6
Proses Kerja 1 Mesyuarat Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu.
2 Pembentukan Ahli Jawatankuasa kerja.
3 Kerja-kerja persediaan
4 Program dijalankan
5 Laporan program
6 Penilaian program
Kekangan 1 Kekangan masa untuk menyediakan bahan-bahan yang memenuhi tahap UPSR
2 Kekangan masa kerana tugas-tugas yang lain.
Pemantauan 1 Guru Besar
2 Guru Penolong Kanan Kurikulum
3 Ketua Panitia Bahasa Melayu
4 Guru Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian 1 Bilangan pelajar yang mencapai Skor A BM Pemahaman dan Penulisan meningkat
2 Bilangan pelajar yang mencapai Skor D ke Skor C meningkat
Penambahbaikan 1 Guru perlu memastikan setiap pelajar mengikuti semua aktiviti yang disediakan.
2 Bahan yang disediakan perlu mengambil kira konstruk dan aras soalan yang merupakan kelemahan utama murid
















PELAN OPERSAI BIDANG KURIKULUM TAHUN 2011

NAMA PROJEK PROGRAM GALUS
Objektif 1 Membantu pelajar GALUS mengekalkan pencapaian pada Gred C
2 Membantu pelajar GALUS meningkatkan pencapaian daripada Gred C menjadi Gred B
3 Membantu pelajar yang gagal (Gerd E dan Gred D) mencapai Gred C
Tempoh Jun hingga Ogos 2011
Kumpulan Sasaran Murid Tahun 6
Guru Terlibat 1 Ketua Panitia
2 Guru Bahasa Melayu Tahun 6
Proses Kerja 1 Mesyuarat Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu.
2 Pembentukan Ahli Jawatankuasa kerja.
3 Kerja-kerja persediaan
4 Program dijalankan
5 Laporan program
6 Penilaian program
Kekangan 1 Terdapat pelajar yang tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis.
2 Kekangan masa kerana tugas-tugas yang lain.
Pemantauan 1 Guru Besar
2 Guru Penolong Kanan Kurikulum
3 Ketua Panitia Bahasa Melayu
4 Guru Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian 1 Bilangan pelajar yang lulus dan mencapai Gred B meningkat
Penambahbaikan 1 Murid perlu menjawab bentuk-bentuk soalan yang sama berulang kali.
2 Panduan untuk menggunakan teknik menjawab soalan yang sama perlu disediakan.















PELAN OPERSAI BIDANG KURIKULUM TAHUN 2011

NAMA PROJEK PROGRAM CEKAP EJA TAHAP 1
Objektif 1 Mengeja dan menulis perkataan yang disebut oleh guru dengan betul
Tempoh Januari hingga Oktober 2011
Kumpulan Sasaran Murid Tahun 1 hingga Tahun 3
Guru Terlibat 1 Ketua Panitia
2 Guru Bahasa Melayu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3
Proses Kerja 1 Mesyuarat Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu.
2 Pembentukan Ahli Jawatankuasa kerja.
3 Kerja-kerja persediaan
4 Program dijalankan
5 Laporan program
6 Penilaian program
Kekangan 1 Kekurangan masa untuk menjalankan program.
2 Kekangan masa kerana tugas-tugas yang lain.
Pemantauan 1 Guru Besar
2 Guru Penolong Kanan Kurikulum
3 Ketua Panitia Bahasa Melayu
4 Guru Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian 1 Kesalahan mengeja dalam ayat dan karangan berkurang
Penambahbaikan 1 Pada peringkat awal pelaksanaan perkataan yang diberi mestilah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid.
2 Perkataan yang lemih sukar ( berimbuhan, diftong, vokal berganding) diuji pada peringkat pertengahan dan akhir program.

















PELAN OPERSAI BIDANG KURIKULUM TAHUN 2011

NAMA PROJEK PROGRAM BIJAK KAMUS TAHAP 2
Objektif 1 Murid dapat mencari makna perkataan dengan tepat dalam kamus.
2 Murid tahu teknik mencari makna perkataan dalam kamus.
3 Meningkatkan penguasaan kosa kata dalam kalangan murid.
Tempoh Januari hingga Oktober 2011
Kumpulan Sasaran Murid Tahun 4 hingga Tahun 6
Guru Terlibat 1 Ketua Panitia
2 Guru Bahasa Melayu Tahun 4 Tahun 5dan Tahun 6
Proses Kerja 1 syuarat Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu.
2 Pementukan Ahli Jawatankuasa kerja
3 Kerja-kerja persediaan
4 Program dijalankan
5 Laporan program
6 Penilaian program
Kekangan 1 Kekurangan masa untuk menjalankan program.
2 Kekangan masa kerana tugas-tugas yang lain.
Pemantauan 1 Guru Besar
2 Guru Penolong Kanan Kurikulum
3 Ketua Panitia Bahasa Melayu
4 Guru Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian 1 Murid dapat menguasai kemahiran menggunakan kamus.
2 Murid dapat menggunakan istilah-istilah yang sesuai apabila membina ayat
Penambahbaikan 1 Bilangan perkataan perlu ditambah pada peringkat pertengahan dan akhir program sehingga menjadi 20 perkataan seminggu.